Pages

Followers

Sunday 15 April 2012

DeNgAn NaMa ALLAH:AkU BerMiMpi PaSaL HaRi KIAMAT!!!!

Aku tak tau mcm mana aku nak mulakan...tp benar!!aku bermimpi pasal hari kiamat..benda ni 3 hari yang lepas kalau tak silap aku...dengan sesiapa pun aku tak bercerita...dengan suami???yer,dengan suami sendiri pun aku tak cerita....

Maafkan aku terlebih dahulu sebab bercerita disini..Yang pasti ketika aku bermimpi aku dapat rasa yang aku sedang menangis,menggeletar kepala lutut...Ya ALLAH.ketika itu aku hanya ingatkan anak3 aku sahaja.

Suasana dalam mimpi itu...waktu adalah MALAM..(ramai org dah tidur pada masa itu)dan aku tak pasti kenapa aku dengan pengasuh anak3 aku sahaja berada di luar rumah....tiba2 aku ternampak puting beliung!!tak lama selepas itu keseluruhan gunung ganang terbakar!!!(maaf, aku dah tak boleh ingat lagi apa lagi bentuk kemusnahan)

Ya!!!aku ingat perkataan yang terkeluar dari mulut aku...HARI NI HARI JUMAAT KE??????(aku tak tau kenapa ayat itu yang boleh terkeluar,mungkin aku pernah dengar yang hari kiamat adalah hari jumaat...itu semua adalah rahsia ALLAH)

Tak lama selepas keluar perkataan dari mulut aku..tiba2 aku terdengar pengasuh anak aku cakap..." YA ALLAH...ZURA...HARI KIAMAT ZURA (sambil dia menangis2)...ketika inilah mmg menggeletarnya badan aku...(YA ALLAH)

Dan selepas itu aku terjaga...(maafkan aku kerana selepas itu aku bersyukur kerana itu bukan hari kiamat tp aku hanya bermimpi...aku hanya bercakap yang benar kerana aku mmg tak bersedia lagi)

p/s:dalam masa terdekat aku akan bertanya kan perkara ini kepada org yang lebih arif.USTAZ AZHAR IDRUS barangkali akan aku adukan....

UPDATE:Google tadi,baru aku tau yang si Diana Amir(artis)yang dah bertudung tu pun mimpi hari kiamat jugak...lg sorang marshanda(pelakon indonesia)pun mimpi pasal kiamat jugak...

2 comments:

Mun said...

moon pon pernah gak mimpi yg menakutkan.. tapi mimpi pasal tsunami laa...

dalam mimpi tu.. Allah saja yg tau perasaan takut masa tu...


mimpi adalah mainan tdo...

tapi kita boleh jadikan sebagai satu panduan dan pengajaran dalam kehidupan kita.. mgkin ia satu peringatan utk kita..

mgkin ada yg kita terlepas pandang.. terlalu leka.. mgkin kita abaikan tggungjawab kita sebagai hambaNya..

Afasz said...

sy pon ada mimpi bende yg mcm2.tak tergambar