Pages

Followers

Monday 30 April 2012

OoOoO.....TaK SuSaH RuPaNyA NaK JaDi KaYa

Yang aku ni penat2 la dok keje cari duit hari2...rupa2nya senang ekk nak jadi kaya??
Hari sabtu aku pegi tesco beli barang2 dapur skit..salah satunya aku beli ubat gigi..sampai je kat umah si irfan pun ambil la ubat gigi yg aku beli tadi sambil cakap:

Irfan : Ibu,...ibu nnti simpan la ubat gigi ni kat bilik air yang tempat ada sinki ngan cermin tu.....yang macam orang KAYA tuuu.....(harap maklum umah sewa aku skang ni takder sinki dalam bilik air)

Aku : OOOO....kalo ader sinki ngan cermin dalam bilik air tu org KAYA ke???

Irfan : Ha ah....

Alahai......pemikiran anak aku yg baru umur 5 taun lebih tu...kalo budak2 lain mesti beranggapan kalo ada ps2 ke,psp ke,ipad ke,game tv ke....baru la diorang rasa makbapak diorang ni kaya raya..tp anak aku ni ada sinki ngan cermin dalam bilik air pun bole jd org kaya...hehehe

Sunday 22 April 2012

MeNyEsaL AkU MaSaK JaGuNg TaU!!!!!

Kenapa menyesal...
Mmg aku menyesal...
Hari sabtu baru2 ni aku rebus jagung....
Anak aku yg sulung ni sukaaaa sgt makan jagung..
Aku pun masak la....
Tiba2 aku dengar anak aku menjerit....
Ibuuuuu.....Ibuuuuuu......
Sekali...hamek kau!!!!
Gigi dia PATAH...
Ni mesti makan dengan penuh perasaan...
Tu pasal la patah...cehhh!!!
(kalo la aku tau aku tak buat jagung rebus....tp aku masak bubur jagung...bubur jagung kompom gigi tak patah kan????)
Coii!!!!


Jangan senyum ye irfan....nanti org nampak irfan takder gigi...hahaha

Sunday 15 April 2012

DeNgAn NaMa ALLAH:AkU BerMiMpi PaSaL HaRi KIAMAT!!!!

Aku tak tau mcm mana aku nak mulakan...tp benar!!aku bermimpi pasal hari kiamat..benda ni 3 hari yang lepas kalau tak silap aku...dengan sesiapa pun aku tak bercerita...dengan suami???yer,dengan suami sendiri pun aku tak cerita....

Maafkan aku terlebih dahulu sebab bercerita disini..Yang pasti ketika aku bermimpi aku dapat rasa yang aku sedang menangis,menggeletar kepala lutut...Ya ALLAH.ketika itu aku hanya ingatkan anak3 aku sahaja.

Suasana dalam mimpi itu...waktu adalah MALAM..(ramai org dah tidur pada masa itu)dan aku tak pasti kenapa aku dengan pengasuh anak3 aku sahaja berada di luar rumah....tiba2 aku ternampak puting beliung!!tak lama selepas itu keseluruhan gunung ganang terbakar!!!(maaf, aku dah tak boleh ingat lagi apa lagi bentuk kemusnahan)

Ya!!!aku ingat perkataan yang terkeluar dari mulut aku...HARI NI HARI JUMAAT KE??????(aku tak tau kenapa ayat itu yang boleh terkeluar,mungkin aku pernah dengar yang hari kiamat adalah hari jumaat...itu semua adalah rahsia ALLAH)

Tak lama selepas keluar perkataan dari mulut aku..tiba2 aku terdengar pengasuh anak aku cakap..." YA ALLAH...ZURA...HARI KIAMAT ZURA (sambil dia menangis2)...ketika inilah mmg menggeletarnya badan aku...(YA ALLAH)

Dan selepas itu aku terjaga...(maafkan aku kerana selepas itu aku bersyukur kerana itu bukan hari kiamat tp aku hanya bermimpi...aku hanya bercakap yang benar kerana aku mmg tak bersedia lagi)

p/s:dalam masa terdekat aku akan bertanya kan perkara ini kepada org yang lebih arif.USTAZ AZHAR IDRUS barangkali akan aku adukan....

UPDATE:Google tadi,baru aku tau yang si Diana Amir(artis)yang dah bertudung tu pun mimpi hari kiamat jugak...lg sorang marshanda(pelakon indonesia)pun mimpi pasal kiamat jugak...

Wednesday 4 April 2012

TrAgEdi MaSa NaK KaWeN

Teringat masa dah nak dekat2 kawen dulu...sibuk dengan segala urusan.nak beli itu nak beli ini..duit memang la letak berkepuk dalam handbeg pasai senang nnt nak pegi beli barang...kalo letak kat bank sgtlah leceh ye kawan2...jap2 nak g kuar...eeee tak koser aku..

Nak dijadikan cerita....... duit aku RM3500 LESAP,GHAIB,HILANG!!!!! duit tu aku letak dalam handbeg,handbeg pulak aku letak dalam beg balik kg..masa tu aku rasa(lupa dah aku rasa mcmana,tp masa aku tgh taip entry ni aku tgh rasa kenyang pasai baru pas gi makan)

Tension sgt masa tu...dah la nak pakai banyak duit..banyak lg benda yg nak kena beli..hampeh toii la,sape la yang tergamak nak amek duit aku tu.

Hujung-hujung cerita penyudahnya aku yang kena marah balik pasai letak duit merata rata..cehhh!!(p/s:tukang marah aku tu en.saleh.....en saleh tu pulak bapak aku le)